Berapa Banyak Boss Yang Korg Kena Hadap???

Ada yang berkata kepada saya, untunglah ko bai, kerja sendiri, banyak masa fleksibel. Haha… Saya gelak je dalam hati. Yeke kerja sendiri ni fleksibel, tidak terikat dengan masa?? Saya berpandangan sedikit berbeza. Kerja sendiri mahupun bekerja dengan organisasi orang lain, keduanya mempunyai fleksibiliti mereka tersendiri..

Memanglah saya tiada boss, boleh masuk pejabat dan keluar pejabat mengikut waktu yang saya suka.. Hahaha… Tetapi hakikatnya, saya mempunyai lebih ramaiiiiiiii boss berbanding anda yang bekerja dengan seorang di pejabat boss anda..

Bayangkan… Jika saya mempunyai 15 clients dan potential clients yang perlu saya santuni sepanjang bulan Julai ini…. Maka secara automatiknya… Mereka akan menjadi boss saya…

Mereka punya pilihan utk mengambil saya bekerja atau pun tidak… Menghentikan saya, membayar gaji saya… Adakalanya lebih lambat dari yang anda jangkakan.. Mereka adakalanya boleh menukar temujanji dengan tiba-tiba…. Membuat temujanji dengan tiba-tiba… dan semuanya itu melibatkan masa…. Yes masa!!

Maksudnya apa.?? Maksudnya bekerja sendiri belum tentu anda lebih fleksibel berbanding orang lain.. Malah mungkin lebih sibuk dan miss manage berbanding orang yang bekerja dengan majikan..

Kerana apa?? Kerana apabila anda bekerja sendiri, anda terpaksa menghadapi situasi-situasi diluar kawalan anda..

Maka apa yang perlu anda lakukan.. Pada pengalaman saya, di sinilah perlunya kita memiliki SOP kerja kita sendiri.. Dengan SOP inilah kita dapat menguruskan masa dan fokus kerja kita dengan baik…

Bagaimana SOP ini berfungsi?? Begini… Mungkin anda boleh meletakkan satu SOP jadual kerja anda… Let say…. Jika ada seorang trainer seperti saya.. Isnin, selasa dan rabu adalah hari untuk mengendalikan training yang comfirm.. Khamis dan jumaat pagi pula, masa untuk anda membuat marketing menambah job anda.. Jumaat ptg hingga ahad pula, sambung untuk training..

Ini salah satu contoh SOP yang anda boleh buat dan disiplin kan.. Malah mungkin anda perlu bertegas sedikit kepada “boss boss” anda di luar sana tu.. Selebihnya, sentiasalah berdoa kepada Allah… Agar Allah sentiasa memudahkan segala urusan kita… Barulah kita dapat merasai nikmatnya fleksibiliti dalam bekerjaya…

Petang ini, saya teman anak-anak swimming di kolam… Alhamdulillah rezeki kami… Kondo kami dilengkapi swimming pool.. Inilah antara nikmat fleksibiliti yang sedang saya dan anak2 nikmati… Semuanya adalah kerana SOP yang cuba saya terapkan dalam bisnes dan kehidupan saya..

Semoga bermanfaaat..

Hafiz Bai
Founder Motivasi LAB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *