Mata Di Belakang

Semalam saya menonton cerekarama di TV3, dengan tajuk “Arafah”, satu drama yang bagus dan seolah-olah memahami realiti kehidupan semasa, khususnya buat anak-anak remaja..

Antara skrip yang menarik dan buat saya terpukul sehingga mengambil keputusan untuk berkongsi dengan rakan-rakan adalah..

Arafah (watak utama) dalam drama menyebut..,

“Allah ciptakan MATA kita dibahagian depan kepala, bukan di bahagian belakang, supaya kita sentiasa MELHAT dan MEMANDANG ke Hadapan, dan cepat-cepat melupakan apa yang telah berlaku di belakang (masa lalu)”

Skrip dan ayat ini, cukup kuat maksudnya….

Ramai dikalangan kita, yang dibelenggu kehidupan mereka dengan kegagalan, kisah hitam, kisah pahit yang pernah berlaku di belakang mereka..

Mungkin ada yang pernah…..

✅ Gagal dalam SPM… hingga rasa seolah-olah masa depannya sudah gelap dan hancur..

✅ Putus tunang atau terbatal perkahwinan di saat akhir..

✅ Pernah melakukan dosa-dosa besar dan kesilapan yang mengaibkan..

✅ Gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab (jawatan) yang diberikan..

dan jika mahu disenaraikan, banyak lagi yang boleh kita senaraikan….

Tidak salah untuk melihat ke belakang dengan tujuan utk memuhasabah diri, tidak salah untuk menoleh ke belakang untuk memperbaiki diri…

Cuba anda pusingkan atau tolehkan kepala anda ke belakang, untuk melihat sesuatu di belakang, berapa lama anda mampu bertahan? Sekejap saja kita boleh bertahan, betul?

Maksudnya, usah terlalu lama menoleh dan melihat apa yang telah kita lakukan di belakang.

Kita terus toleh ke hadapan, pandang jauh kehadapan, lihat ke langit, lihat ke puncak paling tinggi di lamgit, sehingga ke puncak yang tidak mampu kita melihatnya….

Kita pandang ke lautan luas, lihat dan teropong sehingga ke hujung gelora lautan yang luas…

Lihat lihat lihat…

Pandang pandang pandang….

Jauh kehadapan, dan fikirkan sesuatu yang baru, impian yang baru, matlamat yang baru, azam yang baru, dan strategi yang baru..

Rakan-rakan sekalian, kita move on, fikir secara positif, duduk dengan persekitaran positif (usrah), membaca bahan bacaan yang positif, dan lakukan aktiviti yang lebih positif….

Paling penting, kita bersangka baik, kita husnudzon dengan Allah swt atas apa yang telah berlaku dan bakal berlaku..

Move on babey!

Hafiz Bai
#MotivasiLAB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *