Nasihat Managing Director PNS

Terharu saya… Semasa singgah ke PNS untuk mengambil bayaran tadi, Managing Director Perbadanan Nasional Bhd, Dato’ Syed Kamal mengajak saya untuk “mengeJEANS” sebentar..

Alang-alang dah duduk semeja di Gloria Jeans ni, saya pun tanya kepada beliau, “Dato’ mohon berikan sedikit nasihat untuk saya agar terus kekal konsisten dan berjaya dalam perniagaan”..

Riak wajah beliau nampak sedikit serius ketika mula mahu menutur bicara menjawab soalan saya.. Kata beliau…

  1. Pilih perniagaan yang sentiasa boleh membantu masalah sosial di tempat kita. Lain tempat, lain masalah sosialnya.
  2. Pastikan setiap perniagaan kita mempunyai PRODUK samada berbentuk runcit atau servis, barulah bisnes kita akan punya substance.
  3. Usahawan perlu banyak membaca, islam pun minta kita membaca (iqra’) kan, banyak membaca baru banyak ilmu, banyak ilmu baru boleh run bisnes dengan baik.
  4. Bila dah berjaya dalam perniagaan, jangan terburu-buru nak beli kereta mewah, rumah mewah, jadilah peniaga yang kayakan syarikat, dan sederhana dalam kehidupan, apatah lagi jika punya staf yang ramai, bahagiakan staf.
  5. Paling penting, dalam bisnes mesti sentiasa dekatkan diri dengan Allah, banyakkan minta dan mohon dari dia.

Ini antara yang sempat beliau kongsikan dengan saya, sambil kami menikmati Salted Smoothy Coffee..

Terima kasih Dato’ Syed atas nasihat dan mutiara berharga.. Semoga kita dapat bekerjasama lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *